Monday, March 12, 2012

REVIEW: Sabun Beras





Assalamualaikum...

Ape kabo kwn2 smua.. lama tol xupdate blog ni..harus 'berkulat' ..dgn sawang and anai2 lagi..hahaha..malas sesangat nak update just because sgt suke membusykan diri, walhal asyik beriadah, mohtif? hehe ok hari ni ak nak review satu product yang ak rasa sangat bagus dan sesuai dgn kulit ak..sabun beras jenama k-Brothers..korang pernah dgr tak? rasanya sgt fofuler.. dari thailand
before ni terus terang ak ckp ak pernah try bermacam sabun beras y dibeli kat kedai2 aka toko jamu juga, tp lum pernah jumpa semavless ini. sebab ape aku ckp cmtu? sbb kebanyakan sabun beras yg ada dipasaran ni..contains pewangi yg berlebihan dan juga tambahan2 bahan2 lain (yag dorang claim 100% rice) so mohtipnya ape melainkan sgt2 mengeringkan wajah mulusku ini( tp mulus ke?) hahaha. ok sila view di bawah utk lihat kepekatan gambarnya:-




hamek ko1 dozen aku order ;P



Ok bersambung dr review ak tadi.  byk2 product nape ak review sabun ni?

1.)  Kulit ak  sangat lah berminyak terutamanya di kwsan T zon tu, sarjan2 termasuk kapten2 minyak sgt suke bersarang disitu, dengan pakai sabun ni, kulit sgt la awesome! serius..amazin1000x..:)) nmpak cerah sket dan lembut ( xcaye lepas korang pki cube pegang pipi korang tu hah)

2.) Ak sngatlah snsitf dgn produk berwangian2 ni..ala bkn xsuka wangi cuma u ol tau lah kan wangi2 ni akan menyebabkan kulit kita bertambah kering tau dok? hah kalo xtau p search kat atok google. bau sabun ni terus terang mmg harum rasanya bau mcm pandan, ni bau idong akulah, xtau la idong korang y da pernah pakai ni.!..best kan

3.) Buih sabun y halus2..cute2 gitu dtambah lagi sgt lembut disapu di pipi. 

4.) Oleh kerana kulitku yg sgt la tanned ni, ak memerlukan pencuci muka yg boleh bagi aku ton warna yg lighten sket, so what im goin to do is afta wash my face look at mirrow i will see my face super duper lighten up..:) ala tipu lakan kalo ckp putih gila.,.xdela kan..cerah tu mmg ade,,kot la aku pki 4thun lagi trus jd putihh;)

5.) My face sgtla glowing, utk pengetahuan korang kulit aku ni sgtla kusam, xsekata sgt sakkit mata utk melihat, stelah penggunaan hampir  4bln wajahku semakin glowing eventho afta 1week time, mak xtipu okayy, tapi ape yg ak leh ckp setiap orang punya kulit yg berbeza of coz kesan yg berbeza dok?..

6.) Harga yg sgt murah dan berpatutan, rase masa ak belaja dulu sgt mampoo pki sabun ni, yela duk pun sempadan thai je kan..hege dlm sebuku Rm8 masa time ak beli dlu,,tp pki on off je, time ade stok je, ssh gak nak cr kt kedai..cecite sape yg penah beli kat kedai aka toko jamu? 

7.) Aku juga gunakan kt badan, sebelum ni pki lux je,up sket pki sabun ni la nih, kulit sgtla lembut malah seisi keluarga ak pn pakai gak, ni mak aku pki utk kurangkn jeragat dia wlupun xbyk sgt tp u ol tau lakan bila da menginjak umur 40an ni harus mak jeragat sepah2..:)

Ok ni bawah ni ha detail Sabun ni..baca aku copy je yopp!



Produk ini adalah produk penjagaan kesihatan kulit. Diperbuat daripada 100% beras susu semulajadi. Di ekstrak daripada beras jasmine muda Thailand dengan kualiti terbaik. Dan diperkaya dengan vitamin dan nutrisi yang dapat mengurangkan cela, parut, bintik hitam dan kedutan di muka. Menjadikan kulit beransur lembut dan cerah semula jadi. Cubalah sekarang dan rasai kesegaran dengan bauan semulajadi beras susu jasmine.

Cara Pemakaian :- 
Boleh digunakan pada muka dan badan sebagai pembersih harian, buihkan sabun dan urut lembut untuk 2 – 3 minit kemudian bilas. Vitamin dan mineral dalam beras susu muda jasmine meresap dan akan memelihara dan menyihatkan kulit anda, menjadikan ia sentiasa lembap, harum dan segar selepas setiap kali penggunaan. 

FUNGSI
Untuk Wajah :- 
1) Membuatkan Kulit Muka Lebih Cerah, Gebu, Licin, Halus, Lembut Dan Tegang.
2) Menanggalkan Semua Kotoran, Minyak Dan Sel Kulit Mati.
3) Memudarkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat.
4) Membantu Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam. 
5) Menanggalkan Kesan Dengan Efektif.
6) Melembutkan Kulit Dan Menaikkan Seri Wajah.


Untuk Badan :- 
1) Mengurangkan Kesan Hitam di Ketiak, Siku dan Pelipat Peha.
2) Memberi Kesan Kesegaran Sepanjang Hari.
3) Badan Tidak Melekit Ketika Atau Selepas Berpeluh.
4) Kulit Rasa Licin Dan Lembut.
5) Memudarkan Parut-Parut Di Badan Dan mencerahkan Kulit.
6) Menghilangkan Bau Badan.

*Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit 

Kandungan :- 
Ekstrak Beras Susu, Vitamin B3, Vitamin E, Minyak Zaitun, Minyak Sawit Dan Gliserin Semulajadi.

*Kalo ada sape2 yg berminat nak dapatkan sabun ni, korang leh g Page ni Sabun Beras Beauty Online

Ok bye!!













Powered by Calendar Labs

Sunday, December 4, 2011

Kita sebenarnya.....

Kita Sebenarnya...
Lebih gembira menyambut 1hb Januari drpd 1 Muharram


Pesta, terpekik terlolong, dinamakan semangat tahun baru?


Tahun baru Islam


Kita Sebenarnya...
Lebih tahu apa itu 14hb Febuari drpd 12 Rabiulawal

Valentines day? Hari kekasih sedunia, bwk2 search la asal usul valentines ni, jgn jahil sgt wahai remaja

Kurang sambutan, malah ada yg tak amek tahu lansung!


Kita Sebenarnya...
Lebih kusyuk mendengar lagu drpd mendengar azan


Lagu-lagu yang melalaikan

Marilah menuju kejayaan


Kita Sebenarnya...
Lebih suka melepak, tidur, tengok tv drpd sembahyang

Tabiat dewasa kini, lepaking

Marilah bersolat


Kiita Sebenarnya...
lebih tahu tentang artis pujaan kita drpd nama Nabi Nabi Allah



Sebut je artis mana, malaysia, indonesia? semua nya kenal dan hafal

Tapi bila suruh sebut nama-nama Rasul dan nabi kesayangan? Errr tergagap2 malah ada yang tak tahu lansung!


Kita Sebenarnya...
Lebih suka menyebut hello @ hai drpd Assalammualaikum
Kita sering menyebut Hello bila mulakan perbualan , da cukup omputeh

Tapi kenapa payah sangat nak beri salam??


Kita Sebenarnya...
Lebih suka menyanyi dangdut, clubbing drpd berwirid @ bertahmid

Seronok berdangdut, clubbing goyang sana goyang sini

berwiridla kita hatta di manapun kita berada


Kita Sebenarnya...
Lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku-buku agama


kenapa perlu membazir duit beli sesuatu yg xmendatangkan faedah?

Buku-buku ilmiah agama

Kita Sebenarnya...
Lebih suka memaki, mengumpat orang drpd memuji mereka

Those who believes in ALLAH and d last day must either speak good or remain silent-Muslim

Memuji dengan ikhlas tanpa ada niat lain


          Kita Sebenarnya...
   Lebih suka mencarut #@!!#*@!! drpd menyebut Masyaallah

Segala macam nama-nama binatang zoo negara hendaklah di elakkan

Subhanaallah, amin ak bersyukur atas nikmatMU

Kita Sebenarnya...
Lebih suka kemungkaran drpd berbuat kebaikan

Jauhi lah kemungkaran, jauhi laranganNYA


Rasul sgt suka akan umatnya yang suka bantu membantu, tolong menolong sesama insan..




Kita Sebenarnya...
Lebih cintakan urusan dunia drpd urusan akhirat


TETAPI...BILA ORG BERTANYA ARAH TUJUAN KITA, KITA PASTI AKAN MENJAWAB..

Kita Sebenarnya...
LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DARIPADA NERAKA TETAPI LAYAKKAH KITA DGN SYURGA
ALLAH????

Semoga kata2 hikmat ini dpt mendatangkan kebaikan kpd kita..bersama-sama lah kita bermuhasabah diri :)



am


Powered by Calendar Labs

Friday, November 11, 2011

Bukan Pinta Mereka


Bukan pinta mereka untuk dilahirkan sebegitu..mereka tidak meminta walhal sedikit pun walau secebis simpati.. mereka tidak minta untuk di mandikan, di tatihkan, malah untuk di latih kehidupan sebagai manusia normal. Jangan lah dicerca mereka, mereka juga punya hati dan perasaan..hati ni terpanggil untuk menulis tentang insan yang sangat 'Istimewa' ini..tatkala menyusuri jalan menuju ke tempat kerja setiap pagi, pasti akan ternampak kelibat insan istimewa ini berjalan seorangan tanpa diiringi sesiapa..hati selalu berkata "kesiannya adik ni..mana ye nak pergi pagi-pagi..mana ayah ibu nya' mengimbas balik kenangan 19 tahun lepas ketika berusia 5 tahun..setiap kali insan istimewa ini mengangkat gas dengan gigihnya untuk di hantar ke rumah. Beliau pasti akan berjalan berbatu-batu selang rumah ke rumah dengan mengangkut sendiri gas, dengan peluh yang berjujuran, Insan ini gigih untuk meneruskan hidup demi sesuap nasi. setiap kali kehabisan gas di rumah kami, insan ini di panggil untuk menghantar gas ke rumah, saat itu juga lah..saya bersama adik-adik perempuan yang lain menyembunyikan diri di bawah tangga, perasaan takut menghantui diri..rasa SERAM untuk melihat wajah insan istimewa ini.kenapa saya dan adik-adik begitu?? mungkin ketika itu saya masih kecil, usia pun baru merangkak untuk mengenal ABC, masih menhisap susu botol.. apabila menginjak ke usia dewasa..perasaan ingin tahu menyelebungi diri..siapa mereka? kenapa wajah mereka semua seakan2 mirip? persoalan demi persoalan menyelebungi diri..itulah insan istimewa yang menghidap Sindrom Down yang kami panggil 'Abg Yeh' . sehingga kini bila saya dan adik-adik pergi ke Majidee Baru, Johor Bahru..saya pasti akan 'menyibuk2' untuk melihat ke libatnya..tapi sehingga kini tidak pernah dengar lagi berita tentang insan ISTIMEWA ini..Entry ni saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan rakan semua sedikit info/Fakta berkenaan Insan Istimewa ini, marilah kita luangkan sedikit masa untuk sama-sama mengenali mereka.






ketika membuat lawatan ke Sekolah  anak-anak istimewa di Labuan
hati sangat sebak ketika 'lagu' ini dinyayikan mereka.



Mereka juga punya bakat, pandai menyanyi

Bersama bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah
                                                  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sweet stalker here..:)