Sunday, February 17, 2013

MUA: MY besfriend Wedding


Assalamualaikum....
Salam hari ahad semua.. hari ni mesti korang bangun lewat kan.kan.hujan2 pula mesti sedap tidur. aku konon-konon rancang nak pergi swim, tapi cuaca tak mengizin kan maka dengan itu lepak di rumah jelah, rehat sikit, so hari ni aku nak update gambar perkahwinan besfriend aku dari zaman aku sekolah lagi, terima kasih sebab sudi memilih aku as your MUA on your big day. so jum here you go..^-^

DATE: 9 Feb 2013
LOCATION: PASIR GUDANG, JOHOR







Gambar-gambar ni semua aku memang tak edit, aku pakai hp and letak watermark je, so tak berapa cantik and jelas,,tapi ok ler kan as long boleh nampak lagi betul dak? orait actually susah juga nak mekap zety ni sebab kulit dia terlalu putih, lebih putih dari cina kot kalau tengok kat luar.. so aku pening nk pilih shade foundation yang mana, yela kebanyakan koleksi aku memang untuk shade2 kuning langsat to sawo matang so apa yang aku buat, aku mix kan foundation mosturize laura mercier shade putih kuning and alas lagi dengan kryolan supracolor shade 3w.. so here you see.. alhamdulilah warna sesuai dengan warna kulit puan zety ni..huhu, she request soft smokey purple and nak yang simple, then aku buat yang sesimple mungkin sebab orang dah lawa, so tak perlu nak mekap tebal-tebal.. abaikan picture aku yang diatas, haha kelam kabut that day, kol 6pg afta subuh aku dah siap2 mekap puan zety ni.. baju nikah dia ni memang lawa kot aku rasa.. paling cantik for this year aku pernah tengok :)

Sekiranye berminat untuk mendapat kan khidmat aku
boleh terus email di sue.admi@gmail.com aku akan bagi juga listing untuk harga tahun ni, oo ya aku juga buat FREE trial mekap tapi available hanya di kawasan jb je yer :-) ok Adiooos

No comments:

Sweet stalker here..:)