Friday, November 11, 2011

Bukan Pinta Mereka


Bukan pinta mereka untuk dilahirkan sebegitu..mereka tidak meminta walhal sedikit pun walau secebis simpati.. mereka tidak minta untuk di mandikan, di tatihkan, malah untuk di latih kehidupan sebagai manusia normal. Jangan lah dicerca mereka, mereka juga punya hati dan perasaan..hati ni terpanggil untuk menulis tentang insan yang sangat 'Istimewa' ini..tatkala menyusuri jalan menuju ke tempat kerja setiap pagi, pasti akan ternampak kelibat insan istimewa ini berjalan seorangan tanpa diiringi sesiapa..hati selalu berkata "kesiannya adik ni..mana ye nak pergi pagi-pagi..mana ayah ibu nya' mengimbas balik kenangan 19 tahun lepas ketika berusia 5 tahun..setiap kali insan istimewa ini mengangkat gas dengan gigihnya untuk di hantar ke rumah. Beliau pasti akan berjalan berbatu-batu selang rumah ke rumah dengan mengangkut sendiri gas, dengan peluh yang berjujuran, Insan ini gigih untuk meneruskan hidup demi sesuap nasi. setiap kali kehabisan gas di rumah kami, insan ini di panggil untuk menghantar gas ke rumah, saat itu juga lah..saya bersama adik-adik perempuan yang lain menyembunyikan diri di bawah tangga, perasaan takut menghantui diri..rasa SERAM untuk melihat wajah insan istimewa ini.kenapa saya dan adik-adik begitu?? mungkin ketika itu saya masih kecil, usia pun baru merangkak untuk mengenal ABC, masih menhisap susu botol.. apabila menginjak ke usia dewasa..perasaan ingin tahu menyelebungi diri..siapa mereka? kenapa wajah mereka semua seakan2 mirip? persoalan demi persoalan menyelebungi diri..itulah insan istimewa yang menghidap Sindrom Down yang kami panggil 'Abg Yeh' . sehingga kini bila saya dan adik-adik pergi ke Majidee Baru, Johor Bahru..saya pasti akan 'menyibuk2' untuk melihat ke libatnya..tapi sehingga kini tidak pernah dengar lagi berita tentang insan ISTIMEWA ini..Entry ni saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan rakan semua sedikit info/Fakta berkenaan Insan Istimewa ini, marilah kita luangkan sedikit masa untuk sama-sama mengenali mereka.






ketika membuat lawatan ke Sekolah  anak-anak istimewa di Labuan
hati sangat sebak ketika 'lagu' ini dinyayikan mereka.



Mereka juga punya bakat, pandai menyanyi

Bersama bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah
                                                  


Adik ini bernama Ijam beliau sangat pandai menari
masa balik sempat lagi minta no fon kita :)

Tersipu-sipu malu tatkala di usik daus :)
Sedikit Fakta tentang mereka:

1. Sindrom down dihuraikan dengan terperinci oleh Dr John Langdon Down pada tahun 1986
2. Sindrom down adalah suatu kejadian rawak pada peringkat pembiakan sel bayi dan kekerapan dianggarkan satu dalam 800 kelahiran tanpa mengira jantina. Perkataan 'sindrom down' bermaksud kumpulan yang mempunyai sifat tertentu seperti bentuk mata atau muka.
3.Walaupun individu ini mempunyai sifat tertentu, mereka secara amnya berbeza dan akan mirip kepada ibu bapa atau keluarga.
4. Setiap sindrom down adalah unik sebab darjah sifat yang diperoleh berbeza.
5. Kemampuan intelek mereka juga tidak bersandarkan sifat fizikal. sindromdown ialah kepincangan kromosom yang kerap berlaku. ia mudah dikenali ketika kelahiran kerana ketegangan otot yang rendah, kedutan melintang pada tapak tangan, bukaan di antara ibu jari kaki, bentuk muka yang rata atau leper serta bentuk mata.
5. Pengesahan tepat sindrom down hanya melalui analis kromosomsebab tidak semestinya semua sifat sinyatakan akan dilihat secara am.
6. Sindrom down bukan sejenis penyakit tetapi adalah hasil daripada kejadian genetik yang tidak diduga iaitu kelebihan satu kromosam dan sebabnya masih tidak diketahui.

Info:
  Persatuan Sindrom Down Malaysia telah ditubuhkan pada 11 Mei 2001. Matlamat utama ialah meningkatkan kualiti kehidupan golongan sindrom down
dan ahli keluarga. Aktiviti antaranya perkembangan sosial, kemahiran motor halus dan motor
kasar, lawatan sambil belajar dan rekreasi serta kraftangan, asas kemahiran
hidup dan urus diri serta permainan dan sukan.


P/S: sewajarnya kita insan yang di lahirkan sempurna harus membimbing mereka, janganlah di keji mereka walau pun hanya dengan 'mimikan muka' mereka juga memiliki satu perasaan yang halus seperti kita..terima kasih kerana sudi membaca. selamat beramal :)







Powered by Calendar Labs

18 comments:

Azhar Hassan-Full said...

like 16,000x..

kau kesah ke?? said...

tersentuh. time kasih bagi peringatan.

Azroy Bin Kassim said...

perna pergi.. tp rumah orang tua².. mmg kesian kt they all ni..

puanbee said...

hurm patut bawa anak2 yg normal ke sana baru lah insaf sikit

Acid Voice said...

acid xboleh tengok insan istimewa nih lama2....for sure airmata nih bergenang...confirm nangis...hehe

Misz said...

like 254 kali

khai styer said...

walaupun mereka di lahirkn begini..tp ade insan yg meyayangi mreka

wanacesh said...

saya pon pnh mlawat umah anak yatim kat labuan,,memang diorang gmbira sgt bila ada org melawat, siap bgi cendrahati lagi,

Ana admi said...

aah..mereka mcm xnak bagi balik je kn..:)

Nadzirah said...

selalunya, anak-anak istimewa sangat ingat kat cikgu diorang, hormat dan mudah terusik :) diorang nh kena dilayan mcm org normal supaya nnt diorang boleh hidup bdikari kat masa depan. suka sangat bila ada yang sedar akan kewujudan mereka nh kat dunia. selalu saya bersama mereka nh. satu hari nanti, hari2 saya akan bersama mereka.

Tasha said...

wah....penuh informasi yer...

mekar said...

Hi ana,
Semoga artikel ini memberi keinsafan dan peringatan kepada kita semua. Tq

Ana admi said...

nadzirah: hai nadzirah..ohh awk hari bsama mereka ye..da rse terharu, sy xselalu bkesempatan cmni..tp bila bsama sebak je rse kt dada..anyway tq 4 comment ye nad :)

mekar: tq mekar, smae2 lakita saling ingat ,mengingati ya..bahawa ade lg insan yg sgt memrlukan perhatian dan ksih syg kite

ainaa.syafiqah27 said...

sedih bace entry nie..

cik fza said...

mereka mmg sgt istimewa.
mampu buat kita tersenyum sendiri.
:')

Ana admi said...

yeah..dari itu..layani san sayangi lah mereka seperti insan2 lain..:)

Pondok Usang said...

sangat2 terharu..

Tengku Zaimilah Tengku Hamzah said...

Kerana keistiemewaan itulh..tmpat mereka kelak adlh syurga.

Sweet stalker here..:)