Bukan Pinta Mereka
Bukan pinta mereka untuk dilahirkan sebegitu..mereka tidak meminta walhal sedikit pun walau secebis simpati.. mereka tidak minta untuk di mandikan, di tatihkan, malah untuk di latih kehidupan sebagai manusia normal. Jangan lah dicerca mereka, mereka juga punya hati dan perasaan..hati ni terpanggil untuk menulis tentang insan yang sangat 'Istimewa' ini..tatkala menyusuri jalan menuju ke tempat kerja setiap pagi, pasti akan ternampak kelibat insan istimewa ini berjalan seorangan tanpa diiringi sesiapa..hati selalu berkata "kesiannya adik ni..mana ye nak pergi pagi-pagi..mana ayah ibu nya' mengimbas balik kenangan 19 tahun lepas ketika berusia 5 tahun..setiap kali insan istimewa ini mengangkat gas dengan gigihnya untuk di hantar ke rumah. Beliau pasti akan berjalan berbatu-batu selang rumah ke rumah dengan mengangkut sendiri gas, dengan peluh yang berjujuran, Insan ini gigih untuk meneruskan hidup demi sesuap nasi. setiap kali kehabisan gas di rumah kami, insan ini di panggil untuk menghantar gas ke rumah, saat itu juga lah..saya bersama adik-adik perempuan yang lain menyembunyikan diri di bawah tangga, perasaan takut menghantui diri..rasa SERAM untuk melihat wajah insan istimewa ini.kenapa saya dan adik-adik begitu?? mungkin ketika itu saya masih kecil, usia pun baru merangkak untuk mengenal ABC, masih menhisap susu botol.. apabila menginjak ke usia dewasa..perasaan ingin tahu menyelebungi diri..siapa mereka? kenapa wajah mereka semua seakan2 mirip? persoalan demi persoalan menyelebungi diri..itulah insan istimewa yang menghidap Sindrom Down yang kami panggil 'Abg Yeh' . sehingga kini bila saya dan adik-adik pergi ke Majidee Baru, Johor Bahru..saya pasti akan 'menyibuk2' untuk melihat ke libatnya..tapi sehingga kini tidak pernah dengar lagi berita tentang insan ISTIMEWA ini..Entry ni saya sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan rakan semua sedikit info/Fakta berkenaan Insan Istimewa ini, marilah kita luangkan sedikit masa untuk sama-sama mengenali mereka.
ketika membuat lawatan ke Sekolah anak-anak istimewa di Labuan hati sangat sebak ketika 'lagu' ini dinyayikan mereka. |
Bersama bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah |
Adik ini bernama Ijam beliau sangat pandai menari masa balik sempat lagi minta no fon kita :) |
1. Sindrom down dihuraikan dengan terperinci oleh Dr John Langdon Down pada tahun 1986
2. Sindrom down adalah suatu kejadian rawak pada peringkat pembiakan sel bayi dan kekerapan dianggarkan satu dalam 800 kelahiran tanpa mengira jantina. Perkataan 'sindrom down' bermaksud kumpulan yang mempunyai sifat tertentu seperti bentuk mata atau muka.
3.Walaupun individu ini mempunyai sifat tertentu, mereka secara amnya berbeza dan akan mirip kepada ibu bapa atau keluarga.
4. Setiap sindrom down adalah unik sebab darjah sifat yang diperoleh berbeza.
5. Kemampuan intelek mereka juga tidak bersandarkan sifat fizikal. sindromdown ialah kepincangan kromosom yang kerap berlaku. ia mudah dikenali ketika kelahiran kerana ketegangan otot yang rendah, kedutan melintang pada tapak tangan, bukaan di antara ibu jari kaki, bentuk muka yang rata atau leper serta bentuk mata.
5. Pengesahan tepat sindrom down hanya melalui analis kromosomsebab tidak semestinya semua sifat sinyatakan akan dilihat secara am.
6. Sindrom down bukan sejenis penyakit tetapi adalah hasil daripada kejadian genetik yang tidak diduga iaitu kelebihan satu kromosam dan sebabnya masih tidak diketahui.
Info:
Persatuan Sindrom Down Malaysia telah ditubuhkan pada 11 Mei 2001. Matlamat utama ialah meningkatkan kualiti kehidupan golongan sindrom down
dan ahli keluarga. Aktiviti antaranya perkembangan sosial, kemahiran motor halus dan motor
kasar, lawatan sambil belajar dan rekreasi serta kraftangan, asas kemahiran
hidup dan urus diri serta permainan dan sukan.
P/S: sewajarnya kita insan yang di lahirkan sempurna harus membimbing mereka, janganlah di keji mereka walau pun hanya dengan 'mimikan muka' mereka juga memiliki satu perasaan yang halus seperti kita..terima kasih kerana sudi membaca. selamat beramal :)
Comments
Semoga artikel ini memberi keinsafan dan peringatan kepada kita semua. Tq
mekar: tq mekar, smae2 lakita saling ingat ,mengingati ya..bahawa ade lg insan yg sgt memrlukan perhatian dan ksih syg kite
mampu buat kita tersenyum sendiri.
:')