SKIM RUMAH PERTAMAKU..

Mula-mula kerajaan umumkan pasal Skim rumah pertamaku ni, punyalah teruja kat otak ni macam2 da terbayang-bayang nak beli and ade umah sendiri..seronok je rse bila ada skim macam ni terutamanya utk golongan muda yg xlebih dari 35 tahun.saya? pastilah bru awal 20an lum terlambat g..yela seperti yg kita tahu nilai hartanah semakin tinggi.. sekarang payah betul kalau nak cari umah kurang dari rm100 k.kalo kita tengok kt KL rata2 umah pun dalam 200K..so kalo xbeli sekarang ditambah lg dengan kenaikan harga umah..susah kot sampai bila2 pun tak ade umah sendiri, Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia tujuannya adalah untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.actually Skim ini membolehkan golongan muda ntuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. so pada sape2 yg rase layak cepat jgn lpas kn peluang
Bawah ni ciri-ciri dan kriteria yg lebih lanjut:


Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
  • Pembiayaan sehingga 100% 
  • Harta kediaman sahaja


Kriteria Kelayakan
Peminjam/Pelanggan Yang Layak
  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
  • Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.


Harta Yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM220,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.



P/S: nak p check kot la layak..kepingin punya umah sndiri,.;)

Comments

Unknown said…
rumah itu aset pnting...

Popular Posts